Lawatan Penandaarasan EKSA oleh Pejabat Daerah Bau ke Kementerian Pendidikan Jemaah Nazir Negeri Sarawak

Posted on 22 Sep 2025
Source of News: Pejabat Daerah Bau

Pada 4 September 2025 (Khamis), seramai 10 orang wakil dari Pejabat Daerah Bau telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Kementerian Pendidikan Jemaah Nazir Negeri Sarawak, bertempat di Tingkat 10-11, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga, Kuching.

Lawatan ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi mendapatkan pandangan dan amalan terbaik dalam mempertingkatkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan efektif di pejabat masing-masing. Kami di Pejabat Daerah Bau amat menghargai peluang ini untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman bersama pihak Jemaah Nazir Negeri Sarawak. Pihak Jemaah Nazir Negeri Sarawak juga telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian kami dari Pejabat Daerah Bau kerana telah menjadikan agensi mereka sebagai lokasi penandaarasan. Semoga lawatan ini dapat memupuk kerjasama strategik serta memperkukuh amalan EKSA dalam sektor perkhidmatan awam.