Program Jelajah Jom Sihat ANMS 2025

Disiarkan pada 16 Jun 2025
Sumber Berita: Pejabat Daerah Bau
Pada 14 Jun 2025 Sabtu,Usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat terus diperhebat menerusi penganjuran Program Jelajah Jom Sihat Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2025 Siri 3/2025 Bahagian Kuching yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung St. Mark Stass, yang dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Henry Harry Anak Jerip ( Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Sungai Dan Laut Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.2 Tasik Biru ), Pegawai Daerah Bau Encik Eddy Anak Nayoi, Timbalan Residen Bahagian Kuching Encik Lim Hock Meng, Ketua Masyarakat Daerah Bau Dan Agensi Kerajaan yang lain.