Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Size AAA
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 

 
Perutusan Residen Bahagian KuchingPerutusan Residen Bahagian Kuching

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Laman Web Pentadbiran Bahagian Kuching.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kakitangan Pentadbiran Bahagian Kuching yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung di atas penghasilan laman web ini.

Pentadbiran Bahagian Kuching yang terdiri daripada Pejabat Residen Bahagian Kuching, Pejabat Daerah Kuching, Pejabat Daerah Bau, Pejabat Daerah Lundu, Pejabat Daerah Kecil Padawan dan Pejabat Daerah Kecil Sematan merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab sebagai " front liner" di antara Kerajaan dan Rakyat di bawah Bahagian Kuching.  Ia juga bertanggungjawab sebagai nadi penggerak di dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau secara berterusan rancangan-rancangan pembangunan, sosio-ekonomi dan program-program sosial demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di Bahagian Kuching.

Melalui perkongsian maklumat yang terdapat di laman web ini, pengunjung akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Pentadbiran Kuching, khususnya mengenai Visi dan Misi, peranan, tanggungjawab serta perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.  Usaha ini juga selaras dengan visi Kerajaan Negeri Sarawak untuk menjadi sebuah Negeri bertaraf maju pada tahun 2030.

Akhir kata, saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada pengunjung dan pihak kami mengalu-alukan sebarang komen, cadangan penambahbaikan dan pandangan daripada tuan/puan bagi meningkatkan mutu da kualiti perkhidmatan yang disediakan.


Sekian, terima kasih.


"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

"AN HONOUR TO SERVE"

Sherrina Binti Hussaini

Residen Bahagian Kuching