Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Selamat Datang Ke Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Kuching
Profil Pejabat

 

      Sejarah penubuhan awal Pejabat Daerah Kuching tidak dapat dikenal pasti dan tiada rekod yang dicatatkan secara teperinci sehingga kini. Cuma kebanyakkan rekod yang diperolehi hanya menerangkan serba sedikit mengenai sejarah awal penubuhan Pejabat Residen yang merupakan tulang belakang kepada Pejabat Daerah. Menurut Ho Ah Chon, kesemua pejabat kerajaan telah ada di Kuching semenjak tahun 1874 iaitu ketika Sarawak dalam pemerintahan raja Brooke kedua iaitu Charles Brooke. Pada tahun 1874, “The Court House” telah dibina dan merupakan tapak awal Pejabat Residen sebelum Pejabat Daerah Kuching dikenali oleh penduduk sehingga kini. 

(Ho Ah Chon, 1995:23)

         Pada tahun 1874, Rajah Kedua Sarawak telah bersama-sama dengan Capten W.H Rodway selaku Residen Sarawak telah merasmikan Pejabat Kerajaan yang baru dibina iaitu “The Court House”. Pada ketika itu, bangunan tersebut merupakan bangunan yang tercantik yang telah di bina. The Court House turut memuatkan Pejabat Residen dan Jabatan Percetakan Kerajaan pada ketika itu 

(Ho Ah Chon, 1992:45)

         Pejabat Daerah Kuching berbeza dengan Pejabat Daerah di semenanjung. Di Sarawak, setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan kemudian bahagian-bahagian ini pula dibahagikan kepada daerah dan di tadbir oleh Pegawai Daerah yang juga dikenali sebagai DO dikalangan penduduk tempatan dan Penolong Pegawai Daerah. Mereka turut mendapat bantuan khidmat nasihat daripada Pegawai Bumiputera (Native Officer) mengenai hal berkaitan dengan adat
(Lina Soo, 2001:25)

         Pejabat Daerah Kuching telah berpindah sebanyak empat kali dan lokasi terkini adalah bertempat di Bangunan Kompleks Islam jalan P.Ramlee, Kuching. Lokasi pertama Pejabat Daerah dan Pejabat Residen dikenalpasti bermula di Astana apabila ia telah ditubuhkan sebagai residence untuk Rajah Brooke pada tahun 1870 oleh Charles Brooke. Astana telah digunakan sebagai pejabat terutamanya untuk mengadakan council dengan Pegawai dan Ketua Kaum (Ho Ah Chon, 1995), kemudian ia telah ditempatkan di The Court House pada 1874 yang berkeluasan 22 kaki persegi. Kemudian pada tahun 1885 hingga 31 Mei 1998, Pejabat Daerah Kuching  berpindah di bangunan Yayasan Sarawak yang besebelahan dengan bangunan Muzium Sarawak. Pada 19 Ogos 2013 sekali lagi Pejabat Daerah Kuching berpindah ke lokasi yang terbaru di Bangunan Kompleks Islam Sarawak sehingga kini.