Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Kemaskini Pada: 24 Okt 2017
Versi 8.0.3
Perutusan Residen Bahagian KuchingPerutusan Residen Bahagian Kuching

As salam.

Salam 1 Malaysia,

Kami ucapkan Selamat Datang kepada para pengunjung Laman web Pentadbiran Residen Bahagian Kuching.

Bahagian Kuching adalah sebuah tempat pentadbiran Negeri Sarawak yang cepat membangun. Penduduknya sudah mencapai  736,000 pada tahun ini. Bahagian Kuching  menjadi tumpuan bagi mereka yang mencari pekerjaan, menyambung pelajaran dan berhijrah dari pekan lain.  Sebagai pusat pelancongan utama, Bahagian Kuching hendaklah menjadi sebuah Bandaraya yang Cantik, Bersih dan Selamat (CBS). Dengan demikian, pelawat akan dapat kenangan yang indah dan akan kembali melawat lagi ke Bahagian Kuching.

Bahagian Kuching sudah pun dikenali sebagai Bandaraya CBS. Banyak usaha yang dibuat oleh ketiga-tiga Pihak Berkuasa Tempatan utama, iaitu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) , Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) untuk menjaga statusnya. Namun demikian, peranan warganya dalam hal yang sama hendaklah dipertingkatkan lagi.

Selaku penyeleras dan peneraju pembangunan oleh berbagai jabatan dan agensi, Pentadbiran Bahagian Kuching akan mempertingkatkan lagi penyelerasan dan kerjasama supaya semua projek dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Dari tahun kesetahun, Bahagian Kuching menjadi tumpuan event di peringkat negeri atau pun antarabangsa. Pada tahun 2015, Bahagian Kuching akan menjadi hos pada Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 1 Mei, Padawan Fair (Jun), Hari Kooperasi Malaysia & Kuching Fest  (Ogos), Regatta Sarawak 2015 (September) dan Motorcross (Disember).


Bersamalah kita menjayakannya !

 

TUAN HAJI SHUKARMIN BIN HAJI CHASEMON

Residen Bahagian Kuching